24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Amitabh Bachchan dan anak disahkan positif Covid-19

Mesti Baca

MUMBAI – Bagi peminat filem-filem Hindi di Malaysia, nama Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan adalah tidak asing lagi memandangkan kedua-dua nama itu merupakan pelakon Bollywood terkenal.

Bagaimanapun industri Bollywodd dikejutkan dengan berita kedua-dua pelakon itu dilaporkan telah disahkan dijangkiti Covid-19 selepas mereka menjalani ujian semalam dan kini telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di India.

Indiatoday melaporkan, Amitabh Bachchan, 77, dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

“Saya disahkan positif Covid-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan,” sah pelakonn itu menerusi ciapan di Twitter miliknya dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian Covid-19.

Beliau turut memuat naik gambarnya di hospital di akaun Instagram miliknya bersama mesej berkenaan.

Anaknya, Abhishek,44, kemudiannya turut mengesahkan dia turut dijangkiti virus tersebut menerusi Twitternya dan meminta orang ramai tidak panik.

Advertisements

Bagaimanapun, ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan disahkan negatif.

“Hari ini (Sabtu), saya dan ayah disahkan positif Covid-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Ahli keluarga lain terselamat daripada jangkitan wabak tersebut.

“Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih,” katanya.

Walaupun melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang ketat, pandemik virus tersebut telah menjangkiti 820,000 orang dan meragut 22,000 nyawa di India.

Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun dia membuat rakaman kandungan promosi untuk kuiz Kaun Banega Crorepati dan beberapa projek di rumahnya, serta mempunyai kontak dengan kru produksi yang hadir ke rumahnya baru-baru ini. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan