25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Hatrik Saka bantu England benam Macedonia Utara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ENGLAND terus cemerlang dalam kempen kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 apabila membelasah Macedonia Utara 7-0 di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.

Pemain sayap, Bukayo Saka menjadi tumpuan apabila meledak jaringan hatrik sekali gus memastikan skuad Three Lions kekal menerajui kumpulan C dengan rekod kemenangan 100 peratus.

Skuad bimbingan Gareth Southgate itu kini mengumpul 12 mata daripada empat perlawanan, meninggalkan Ukraine di tangga kedua yang hanya mengutip enam mata namun kurang beraksi satu perlawanan.

Penyandang juara, Itali pula ketinggalan di tempat ketiga dengan tiga mata tetapi anak buah Roberto Mancini itu baru beraksi dua perlawanan.

Dalam aksi di Manchester, kapten, Harry Kane memulakan pesta gol tuan rumah menerusi satu tolakan mudah selepas menerima hantara silang Luke Shaw pada minit ke-29.

Advertisements

Saka meledak gol kedua Three Lions menerusi satu rembatan deras dari dalam kawasan penalti yang menerjah bumbung gawang pada minit ke-38 ketika penjaga gol, Stole Dimitrievski tidak mampu berbuat apa-apa.

Pada minit ke-45 menyaksikan giliran Marcus Rashford mencetak nama sebagai penjaring apabila menolak masuk hantaran Jordan Henderson untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Saka meledak gol cantik hasil percubaan dari atas garisan gol untuk gol keempat sebelum melengkapkan malam gemilangnya menerusi jaringan ketiga peribadinya pada minit ke-51.

Pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips menjadikan kedudukan 6-0 sebelum Kane melengkapkan gol ketujuh England menerusi sepakan penalti pada minit ke-73. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan