33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bekas PM pelawa syarikat teroka industri dron di Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mempelawa pemain industri, pembuat dasar dan wakil kerajaan menerokai industri dron atau kenderaan udara tanpa kawalan (UAV) di Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai ekosistem untuk industri dron melalui pembinaan prasarana dan dasar yang jelas menerusi Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30).

“Saya ingin mengajak pemain-pemain industri, pembuat dasar dan wakil kerajaan untuk menerokai kerjasama strategik dengan Malaysia menerusi pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan.

“Sekarang bukan masa untuk kita menolak arus perubahan teknologi kerana ternyata dron memberi banyak manfaat kepada negara dan masyarakat seterusnya mewujudkan negara yang membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Kongres Dron Sedunia 2023 di Shenzen, China hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, sistem dron telah berkembang luas melangkaui sektor ketenteraan malah kini telah banyak digunakan di sektor perusahaan dan pertanian termasuk dimiliki sendiri orang awam.

Katanya, sektor pertanian di Malaysia sudah mula menggunakan dron secara intensif dalam aktiviti pemetaan ladang, pemeriksaan tanah, pembajaan dan peracunan.

Sebagai contoh, katanya, sebuah agensi kerajaan menggunakan dron untuk mengawal selia ladang kelapa sawit miliknya seluas hampir 900,000 hektar.

“Setiap koridor di Malaysia juga mempunyai hab dron yang tersendiri seperti Kedah Aerotropolis serta Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ) yang akan menjadi pencetus kepada sistem ekologi bandar pintar.

“Kawasan yang ditetapkan ini menyediakan persekitaran khusus untuk pembangunan dron, ujian dan penggunaan rekreasi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam industri dron,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Menangi lebih RM400,000 menerusi Anugerah HONOR Magic Moments 2024

ANUGERAH HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024. Pertandingan...

Lagi Artikel Berkaitan