25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

United layak ke UCL selepas benam Chelsea 4-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United akan kembali dalam saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim depan selepas mengesahkan kedudukan empat teratas liga menerusi kemenangan 4-1 ke atas Chelsea, awal pagi tadi.

Tiga mata penuh yang dikutip di Old Trafford itu melonjakkan Red Devils ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan enam mata meninggalkan pasukan di kedudukan kelima, Liverpool.

United yang hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan itu untuk meraih kedudukan empat teratas hampir ketinggalan pada minit keempat apabila Mykhailo Mudryk terlepas peluang terbaik hasil hantaran Lewis Hall.

Kegagalan Chelsea menyempurnakan peluang itu dihukum apabila tandukan Casemiro daripada sepakan percuma yang diambil Christian Eriksen menerjah gawang pada minit keenam.

Anthony Martial menggandakan jaringan United pada waktu kecederaan babak pertama untuk memastikan tuan rumah selesa 2-0 di depan menuju bilik persalinan.

Advertisements

Skuad bimbingan Erik ten Hag terus melebarkan jaringan di babak kedua apabila Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas dirinya dikasari Wesley Fofana.

Marcus Rashford menambah derita Chelsea menerusi jaringan keempat sekali yang merupakan gol ke-30 peribadinya dalam semua kejohanan musim ini.

Ini merupakan kali pertama pemain United menjaringkan 30 gol dalam semua kejohanan sejak Robin van Persie melakukannya pada musim 2012-13.

Chelsea memperoleh gol saguhati pada minit ke-89 hasil gerakan dua pemain gantian, Joao Felix dan Hakim Ziyech. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan