31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan diadakan bagi peringkat negeri.

Menurutnya, ia bagi memastikan akar umbi daripada pelbagai parti dapat menyertai konvensyen berkenaan termasuk memberi pandangan masing-masing.

“Saya lihat bahawa harus ada tindakan susulan di mana saya yakin konvensyen peringkat negeri dicadangkan supaya diadakan.

“Ia membolehkan akar umbi juga dapat menyertai bukan sahaja mendengar tetapi memberi pandangan pelbagai.

“Jadi untuk mewarnai kepelbagaian ini maka kita buka kepada orang ramai untuk sertai,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara 2023 hari ini.

Advertisements

Semalam, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan diadakan buat julung kali menghimpunkan lima gabungan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keserasian antara pelbagai parti politik dapat diwujudkan menerusi Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023.

Menurutnya, bukan sahaja pemimpin berada di atas pentas yang sama tetapi perwakilan daripada pelbagai parti bukan sahaja hanya mendengar namun berinteraksi antara satu sama lain.

“Kita akan hadapi Pilihan Raya Negeri dan keserasian itu penting untuk kita laksanakan. Keduanya, kita tentu mempunyai perancangan satu agenda yang panjang bagi melihat agenda nasional ini didukung parti.

“Saya sebutkan soal kemajmukan. Ini adalah satu hakikat di negara ini di mana kepelbagaian agama dan budaya tersebut harus disantuni untuk raikan perbezaan namun kita terus perkukuhkan akar tunjang masing-masing,”katanya.

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan