27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Mayat nelayan dibaham buaya ditemui terapung

Mesti Baca

MAYAT nelayan disyaki dibaham buaya ditemui terapung di perairan Kampung Nala Lama Tungku, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Mayat Rusbin Asri, 40, ditemukan oleh orang awam pada pukul 6.45 pagi tadi kira-kira 15 kilometer dari mangsa dilaporkan dibaham buaya dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu daripada pihak polis.

“Pasukan bomba dan agensi bantuan bergerak ke lokasi dan seterusnya mayat dibawa ke Kampung Makuau untuk proses pengecaman daripada pihak keluarga,”katanya.

Advertisements

Katanya, mangsa kemudian disahkan sebagai nelayan yang dilaporkan dalam kejadian ini dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan mangsa itu terdapat empat sangkar buaya telah dibuat pengecaman.

“Ini bagi mengesan jika terdapat mangsa berada di dalam sangkar berkenaan, namun berikutan penemuan mayat itu operasi ditamatkan hari ini,” katanya.

Media kelmarin melaporkan mangsa yang sedang memukat di pesisir pantai dipercayai dibaham buaya selepas bot yang dinaikinya terbalik manakala terdapat seekor buaya dilihat sedang melibas ekornya di lokasi sama. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan