32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

MARA komited dalam perkasakan agenda Bumiputera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) dan UMNO bersedia untuk bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM) di dalam “mengembalikan” semula beberapa instrumen Bumiputera.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha itu diyakini dapat dilaksanakan seperti yang digagaskan oleh Kongres Ekonomi Bumiputera 1965.

“Namun usaha ini harus dilakukan secara strategik dan lestari demi mencapai impak yang berpanjangan.

“Inshaa-Allah. Hasrat dan impian Allahyarham Tun Abdul Razak dalam agenda pembangunan bumiputera sama ada melalui MARA dan lain-lain badan akan kita realisasikan secara bersama,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Dr Asyraf Wajdi menerima kunjungan mesra deligasi Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai oleh Dato Dr Hasan Mad.

Katanya, alhamdulillah, minggu baru ini dimulakan dengan menyantuni kunjungan mesra beberapa pihak di Pejabat Pengerusi MARA.

“Pagi ini, saya menerima kunjungan mesra deligasi Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai oleh Dato Dr Hasan Mad.

“Secara peribadi, saya mengagumi Dato Dr Hasan Mad atas komitmen dan konsistensi beliau bersama MPM dan agenda pembangunan Bumiputera Nasional,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan