26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tun M saran had belanja parti, pasang bendera PRU hapuskan rasuah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN dicadang untuk mengehadkan perbelanjaan setiap parti pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai cara terbaik untuk menghapuskan rasuah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selain itu kerajaan boleh mengehadkan pemasangan bendera, sepanduk atau papan iklan bagi satu-satu kawasan yang ditandingi.

“Umpamanya jika jumlah bendera atau sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi satu-satu kawasan yang ditandingi, perbelanjaan boleh dikurangkan.

“Katakanlah jika parti letak calon dalam satu kawasan, hanya 100 bendera, 20 sepanduk dan 2 papan iklan dibenar, maka kos kempen tidak akan menjadi tinggi. Saingan antara parti yang kaya dan yang miskin akan jadi lebih adil.

“Sogokan boleh dikurang dengan orang ramai mengguna kamera untuk rekod dan lapor. Pihak polis juga boleh guna kamera. Demikian juga badan-badan pencegah rasuah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan mana-mana individu yang dikesan terbabit dengan tiga kes sogokan perlu dibatalkan pencalonannya.

Advertisements

“Memang sogokan kepada pengundi boleh disembunyi. Tetapi amalan sogokan secara terbuka seperti dilakukan dalam PRU 15 akan dikurangkan. Sedikit sebanyak ia berkesan dalam pengurangan sogokan.

“Jika satu dua kes dikena tindakan, parti-parti akan lebih berjaga-jaga dan tidak akan sogok wang secara yang boleh dikesan,” ujarnya.

Tambahnya, proses pilihan raya akan berjalan dengan lebih adil sekiranya aktiviti pemasangan bahan kempen dapat dikurangkan sekaligus memberi ruang kepada parti yang tidak mempunyai dana besar untuk menang,

“Yang penting ialah menghadkan keghairahan memasang bendera, sepanduk dan papan iklan dikurangkan. 

“Pertandingan akan jadi lebih adil. Yang kurang kewangan pun boleh harap menang. 

“Di masa yang sama rasuah akan dikurangkan kerana kempen tidak perlu dana yang besar,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan