27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

OPR naik: PM Anwar, tolong lihat perkara ini – Isham Jalil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk campur tangan berhubung pengumuman Bank Negara (BNM) mengenai kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus, hari ini. 

Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Isham Jalil menerusi hantaran di Facebook beliau.

Katanya, kenaikan OPR ini boleh membebankan rakyat. 

“PM Anwar, tolong lihat perkara ini juga. Ini boleh membebankan rakyat,” katanya ringkas.

Terdahulu, BNM dalam satu kenyataan berkata, kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Advertisements

Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik COVID-19 iaitu pada 7 Mei 2019.

BNM turut memaklumkan kebanyakan bank pusat mengekalkan dasar kewangan yang ketat.

“Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

“Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan