32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tumbuk Sane: Bayern gantung, denda Mane

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BAYERN Munich menggantung pemain sayap, Sadio Mane susulan kekecohan yang dilakukannya di bilik persalinan selepas aksi suku akhir pertama Liga Juara Juara Eropah (UCL), Rabu lalu.

Mane dilaporkan dengan sengaja menumbuk muka rakan sepasukan, Leroy Sane susulan kekalahan kepada Manchester City di di Stadium Etihad.

Kedua-dua pemain itu bagaimanapun dilihat menjalani latihan seperti biasa hari ini.

Bayern menerusi kenyataan berkata, pemain antarabangsa Senegal itu akan diketepikan untuk perlawanan Bundesliga minggu ini dan tidak menyatakan berapa lama tempoh penggantungan.

“Mane, 31, tidak akan berada dalam skuad untuk perlawanan di laman sendiri menentang 1899 Hoffenheim Sabtu ini.

Advertisements

“Ini susulan kelakuan buruk Mane selepas aksi UCL menentang City. Mane juga akan menerima hukuman denda,” katanya hari ini.

Pada aksi awal pagi Rabu lalu, Mane dan Sane dilihat saling bertegang-urat di atas padang dan ketegangan itu bersambung ke terowong seterusnya ke bilik persalinan.

Mane bagaimanapun didakwa hilang sabar dan menumbuk muka Sane sehingga menyebabkan bibir pemain berkenaan berdarah sebelum ditenangkan rakan sepasukan.

Sane kemudian dilihat menyembunyikan luka di bibirnya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich bagi mengelakkan dari dirakam lensa kamera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan