29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Shuk, Rossa Sera sah cerai talak satu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAWAK dan pengacara, Shuk Sahar mengesahkan sudah menceraikan isterinya, Rossa Sera dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Memetik laporan mStar, Shuk berkata, keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung dan berpisah itu dibuat selepas menunaikan ibadah Umrah, baru-baru ini.

Ujarnya, mereka berpisah secara baik selepas melakukan persetujuan bersama dan berjanji tidak akan mengabaikan dua anak mereka.

“Sebenarnya selepas balik umrah bersama itu, kami ada duduk berbincang dan kami buat keputusan untuk bercerai. Tapi kami berpisah pun dengan cara baik,” katanya.

Masih menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas isteri, Shuk memberitahu fokus utamanya kini hanya pada dua cahaya matanya yang kini menetap di Sabah bersama bekas ibu mentua.

Advertisements

17 Mac lalu, Shuk menjelaskan dia dan Sera masih berkawan baik dan tidak bermusuhan walaupun rumah tangga mereka dikatakan bermasalah.

November tahun lalu, Sera memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak tersebut didakwa berlaku curang.

Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan