26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Bakar al-Quran tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip asas hormat, toleransi dan kebebasan bersuara.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tindakan itu bukan sahaja menyemarakkan kebencian dan perpecahan malah tidak mempunyai tempat dalam masyarakat bertamadun.

Katanya, bagi berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia, al-Quran adalah kitab suci, dan membakarnya adalah penghinaan yang terang-terangan terhadap iman dan kepercayaan mereka.

“Tingkah laku tidak hormat seperti ini bukan sahaja mencalarkan sentimen agama tetapi juga menggalakkan ekstremisme dan ketaksuban, yang merupakan ancaman kepada fabrik sosial mana-mana negara.

Advertisements

“Kebebasan bersuara adalah hak asasi, tetapi ia tidak termasuk hak untuk tidak menghormati atau menghina,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kumpulan anti-Islam, Patrioterne Gar Live pada Ahad lalu menyiarkan di Facebook tindakan sekumpulan penyokong yang berkumpul di depan Kedutaan Turkiye di Copenhagen dan membakar al-Quran serta sepanduk yang membawa mesej Islamofobia.

Minggu lalu, seorang ahli politik pelampau sayap kanan Denmark dihalang daripada memasuki United Kingdom (UK) selepas mengancam membakar al-Quran di Wakefield, sempena permulaan Ramadan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan