27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur gagal jawab soalan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9


TIMBALAN Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan bagi pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Teguran itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor yang menegaskan, perkara seperti itu sepatutnya tidak berlaku setelah Hui Ying gagal menjawab soalan lisan mengenai peruntukan dan mekanisme pemantauan makanan program Rancangan Makanan Khas (RMT).

Advertisements

“Yang Berhormat (Timbalan) Menteri, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Saya berharap pihak kerajaan, ketua majlis ambil maklum tentang perkara ini. Ia memberikan satu senario yang tidak baik kepada kerajaan,” katanya.

Hui Ying kemudiannya memohon maaf serta memberi jaminan perkara seperti itu tidak akan berulang. – EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan