33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tambang percuma MRT Putrajaya hingga 31 Mac – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.

Ujar beliau, perkhidmatan percuma itu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral ditawarkan sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya bermula jam 3 petang ini.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim.

Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.

Kemudahan terbaharu itu telah melengkapkan MRT Putrajaya yang menghubungkan Pusat Pentadbiran Persekutuan ke ibu kota Kuala Lumpur.

Advertisements

Perkhidmatan itu mampu membawa 1,200 penumpang pada satu-satu masa, sekali gus dapat menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik Lembah Klang sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Anthony Loke dilaporkan berkata, jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam tempoh dua tahun.

Laluan MRT Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer dan mempunyai 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 10 stesen pertukaran dan stesen sambungan, termasuk Cyberjaya, Titiwangsa, Ampang Park, Chan Sow Lin, dan Sungai Besi.

MRT laluan Putrajaya mula dibuka secara berfasa dan pertama kali pada 16 Jun 2022 membabitkan perjalanan sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen antaranya Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan