33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

AS tawar latihan pertanian kepada Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AMERIKA Syarikat (AS) bersedia menawarkan latihan pertanian dan meningkatkan penghasilan makanan menerusi teknologi pintar dan kecerdasan buatan (AI) kepada Malaysia.

Kesediaan itu dinyatakan Duta Besar AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berkata, pertemuan sulung antara kedua-dua pemimpin itu membincangkan isu sekuriti makanan dan kerjasama teknikal.

Katanya, Mohamad turut menekankan tentang isu yang menjejaskan sekuriti makanan di negara ini merupakan isu global dan turut menjejaskan negara lain. 

“Adalah penting untuk kedua-dua negara bekerjasama meningkatkan penghasilan makanan melalui penggunaan teknologi pintar dan kecerdasan buatan (AI). 

Advertisements

“AS menyatakan komitmennya dengan menawarkan pelbagai program latihan jangka pendek dan jangka panjang dalam bidang pertanian yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut MAFS memaklumkan, kedua-dua negara turut bersedia memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam sektor pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

“AS merupakan rakan dagang pertanian berpotensi tinggi untuk terus diperkembangkan. 

“Untuk rekod, terdapat peningkatan nilai dagangan pertanian antara Malaysia dengan AS bagi tempoh Januari hingga November 2022 berjumlah RM13.24 bilion berbanding RM12.55 bilion pada 2021,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan