25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lebih 100 gerai makanan di R&R PLUS tawar Menu Rahmah

Menu Rahmah dilaksana secara berperingkat sejak 23 Februari.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mensasarkan lebih daripada 100 gerai makanan yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang 1,130 kilometer di rangkaian lebuh rayanya menawarkan Menu Rahmah menjelang pertengahan Mac ini.

PLUS menerusi kenyataan berkata, langkah ini bagi menyahut saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta sokongan terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Fasa Pertama Menu Rahmah untuk pengguna lebuh raya yang berhenti rehat di R&R PLUS
telah mula ditawarkan sejak 23 Februari lalu di beberapa R&R serta Hentian Sebelah di
Wilayah Tengah di Lebuhraya PLUS.

Di R&R PLUS, Menu Rahmah ditawarkan untuk hidangan makan tengah hari (antara 12 tengah hari hingga 2 petang) dan makan malam (antara 7 malam hingga 9 malam) di gerai- gerai terpilih yang mengambil bahagian.

Advertisements

Sebagai permulaan, sebanyak lapan buah R&R dan enam Hentian Sebelah telah mula menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna lebuh raya iaitu R&R Tapah (Arah Utara & Selatan), R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), R&R Rawang (Arah Utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Seremban (Arah Utara), R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan), Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan), Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan) dan Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan).

Fasa Kedua yang melibatkan R&R dan Hentian Sebelah di Wilayah Utara dijangka akan
dilaksanakan sebelum 2 Mac, manakala Fasa Ketiga yang melibatkan Wilayah Selatan dan
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula dijadual dilaksanakan sebelum 9 Mac.

Menteri Kerja Raya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang untuk mengadakan tinjauan pelaksanaan
Menu Rahmah di R&R Dengkil (Arah Selatan), hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi
Hassan, Ahli Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Dato’ Mohd
Izani Ghani serta Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan