33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Luahan dulu dan sekarang Wan Azizah tarik perhatian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBENTANGAN belanjawan semalam rupa-rupanya telah mencuit kenangan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kenangan yang tersimpan rapi dalam memori 26 tahun lalu itu digandingkan bersama kenangan yang baharu sahaja tercipta.

Wan Azizah telah berkongsikan gambarnya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pembentangan belanjawan iaitu Belanjawan 1998, pada tahun 1997  dan Belanjawan 2023 semalam.

“Dulu dan sekarang. Semoga Allah sentiasa merahmati segala usaha kita,” katanya dalam Facebook, semalam.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya memuji pasanagn tersebut serta membandingkan gambar dahulu dan yang terkini.

Pembentangan Belanjawan 2023 semalam cukup bermakna buat Anwar apabila beliau membentangkannya selepas 26 tahun dan kali pertama sebagai Perdana Menteri.

Advertisements

Kali terakhir beliau berbuat demikian ketika pembentangan Belanjawan 1998 iaitu pada 17 Oktober 1997 sebelum disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998.

Malah belanjawan tahun ini merupakan kali pertama di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Anwar selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kerajaan sebelum ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat membahas dan meluluskan Belanjawan 2023 kerana Dewan Rakyat dibubarkan beberapa hari selepas pembentangan.

Justeru, bertemakan ‘Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani’, Anwar kembali tampil mengemukakan tawaran dan hala tuju ekonomi demi masa depan Malaysia.

Semalam,, Anwar  yang juga Menteri Kewangan kelihatan segak mengenakan baju Melayu berwarna biru tiba di Bangunan Parlimen pada pukul 3.53 petang dengan membawa beg fail dengan corak tenunan songket Sarawak mengandungi dokumen Belanjawan 2023.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan