31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Fadhlina tinjau keadaan SK Cyberjaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini meneruskan rutin singgah sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya sebelum bergegas ke mesyuarat kabinet.

Menurutnya, beliau dibawa oleh pihak sekolah untuk melihat kemudahan dan keadaan semasa aset sekolah.

“Struktur bangunan sekolah yang terdedah dengan hujan pada kedua-dua belah bahagian mengakibatkan dinding sekolah berlumut. Selain itu, sekolah turut berhadapan dengan masalah pendawaian, kerosakan tandas dan kemudahan-kemudahan lain.

“Saya telah meminta Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Aset KPM untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselesaan guru-guru dan murid-murid di SK Cyberjaya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Semalam, Fadhlina bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali, meninjau urusan pembukaan sekolah di SK Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun.

Advertisements

Tinjauan sempena hari pertama persekolahan penggal ketiga bagi sesi 2022-2023 itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Ustaz Zawawi Mughni.

“Alhamdulillah, saya lihat persiapan semuanya baik. Guru-guru dan murid-murid nampaknya cukup cergas dan bersemangat untuk meneruskan baki sesi akademik penggal ini.

“Sempat juga saya berbincang mengenai keperluan dan isu-isu penyelenggaraan kedua-dua sekolah terbabit bersama pihak sekolah,” ujarnya semalam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan