27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Berundurlah Zahid, usah jadikan parti sebagai tebusan

Mesti Baca

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur secara terhormat dan tidak menjadikan parti sebagai tebusan untuk beliau menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pengunduran Zahid juga dapat menutup ruang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam adalah akibat tindakan pemimpin yang menjadikan parti sebagai tebusan.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Akhirnya UMNO menjadi korban akibat tindakan pemimpin yang menjadikan parti sebagai tebusan.

Saya amat sedih. Lebih sedih kerana segala kebaikan yang dilakukan Perdana Menteri seolah-olah tidak bermakna di mata rakyat.

Hanya kerana rakyat tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pemimpin yang rakus dan ego.

Ke mana hala tuju kita selepas ini? Jajaran Baharu?

Advertisements

Bila lain pandangan, kita dituduh pengkhianat.

Sudah-sudahlah mendukung “biawak hidup”. Liabiliti kepada parti ini perlu disingkirkan.

Presiden UMNO perlu bertangunggjawab atas kekalahan teruk BN.

Baik-baik jadi kerajaan sibuk desak nak PRU-15 dan ditambah dengan strategi yang lagi menjahanamkan kawasan putih BN.

Terimalah hakikat rakyat tidak suka kepada Presiden UMNO. Pentaksub masih tidak mahu menerima kenyataan ini.

Berundurlah wahai Presiden UMNO, Zahid Hamid dengan bermaruah supaya tiada ruang untuk kerjasama UMNO dan PH.

Semoga Allah SWT lindungi UMNO dan kita semua.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan