27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

‘Troll’ DBP: Belum tentu hitam putihnya

Peribahasa itu bersumberkan kepada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu DBP, 2016.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bahasa Pustaka (DBP) kembali tampil mewarnai senario terkini keadaan semasa politik negara dengan peribahasa ‘belum tentu hitam putihnya’.

DBP dalam Facebook rasmi turut berkongsikan maksud peribahasa berkenaan iaitu belum ada sebarang keputusan.

Menurut DBP, peribahasa itu bersumberkan kepada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu DBP, 2016.

Peribahasa berkenaan dirasakan sebagai sebuah penghasut maya (troll) oleh netizen.

Namun rata-ratanya menganggap peribahasa tersebut sesuai pada pagi ini memandangkan masih belum terdapat parti yang membentuk Kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kena dengan situasi Malaysia pagi ini,” kongsi Nor Rehan Hj Abdullah.

Advertisements

Manakala, bagi Zaidi Abdullah, dia perlu mempersoalkan parlimen tergantung.

“Parlimen tergantung? Hanya pada Allah kita berserah,” katanya.

Untuk rekod, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada parti yang bertanding merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang serta Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menang dengan undian majoriti.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan semalam, Pakatan Harapan (PH) telah memenangi 76 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) (51) dan Barisan Nasional (BN) (30).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan