27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PRU15 : Enam kertas pencalonan ditolak

Tiada kerusi yang menang tanpa bertanding pada penamaan calon PRU15 hari ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK enam kertas pencalonan ditolak pada penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung seluruh negara hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata, kertas pencalonan yang ditolak itu membabitkan empat kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tiada kerusi yang menang tanpa bertanding pada penamaan calon PRU15 hari ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 222 kerusi pusat penamaan calon dibuka dari jam 9 hingga 10 pagi bagi calon mengemukakan pencalonan.

Advertisements

“Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan, merekodkan jumlah pertandingan tertinggi iaitu sebanyak 10 penjuru, manakala DUN Chenderiang di Perak, membabitkan tujuh penjuru.

“Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya juga membabitkan pertandingan tujuh penjuru,” katanya.

Abdul Ghani menjelaskan, dengan selesainya urusan penamaan calon tersebut, maka tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam 18 November ini.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan kempen dan mengundi termasuk bagi kes COVID-19 pula akan dikeluarkan kemudian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan