28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Polis berjaya kawal cubaan rempuh masuk di Johor

Bangunan Sultan Iskandar sesak apabila dianggarkan sekitar 5,000 pengembara berada di laluan pejalan kaki masuk ke Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya mengawal cubaan rempuhan oleh orang ramai (pengembara) di Bangunan Sultan Iskandar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, insiden (rempuhan) terbabit dipercayai berlaku akibat pertambahan pengembara yang mahu memasuki negara ini sempena cuti hujung minggu dan cuti perayaan.

Menurutnya, Bangunan Sultan Iskandar sesak apabila dianggarkan sekitar 5,000 pengembara berada di laluan pejalan kaki masuk ke Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar.

“Berlaku kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar sekitar jam 10 malam (Jumaat), ia dipercayai berlaku akibat pertambahan pengembara masuk ke negara ini dengan menaiki bas dan keadaan itu berlarutan hampir dua jam di kaunter cop pasport pihak imigresen hingga ke laluan masuk bas ke Malaysia.

Advertisements

“Beberapa pengembara cuba merempuh ketika kawalan dibuat oleh pihak polis bantuan bagi mengehadkan jumlah mereka (pengembara) di lokasi cop pasport,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Raub lagi, hasil pemantauan dan kawalan anggota bertugas dari Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar, anggota polis bantuan dan pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), insiden kesesakan berkenaan akhirnya berjaya dikawal kira-kira setengah jam selepas itu.

Menurutnya, keadaan di Bangunan Sultan Iskandar terutamanya di laluan pejalan kaki masuk ke negara ini akhirnya kembali terkawal sekitar 10.30 malam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan