29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Polis cari pemandu Myvi lawan arus

Kejadian itu dipercayai berlaku di kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kulai.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang mengesan individu yang memandu kereta Perodua Myvi berwarna putih yang didapati memandu secara melawan arus.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kulai.

“Susulan video itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Kulai dalam usaha mengesan individu yang berkenaan dijalankan untuk tindakan selanjutnya.

“Polis menyeru semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna lain agar kemalangan dapat dielakkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Advertisements

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang.

Terdahulu, sebuah video tular Facebook berdurasi 11 saat memaparkan sebuah kereta Myvi menyongsang arus dengan memasang lampu kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan