27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerjasama pertahanan Malaysia-AS pada tahap kukuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERJASAMA pertahanan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) kini pada tahap amat kukuh, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, dalam perbualan telefonnya dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III semalam, kedua-dua pihak turut bersetuju memperkasakan lagi kerjasama yang terjalin.

“Kami senada masih ada ruang untuk perkasakan lagi kerjasama ini. Antaranya menerusi program Building Partner Capacity (BPC).

“Kami turut bincang secara spesifik usahasama ke arah meningkatkan lagi keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Hishammuddin berkata, baru-baru AS telah menyumbang peralatan perubatan kepada Kor Kesihatan Diraja bernilai USD3 juta (RM13.8 juta).

Advertisements

“Malah, secara keseluruhannya AS telah sumbang lebih USD200 juta (RM926 juta) untuk tingkat keupayaan pertahanan Malaysia.

“Kapal Diraja (KD) Lekir juga baru pulang selepas diberi penghormatan sertai Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 di Hawaii,” katanya.

Hishamuddin berkata, dalam perbualannya itu, beliau turut berpeluang bertukar pandangan mengenai isu keselamatan semasa termasuk perihal Laut China Selatan dan konflik Ukraine-Rusia.

“Sebelum berakhir, saya jemput beliau ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) tahun hadapan termasuk penglibatan U.S. Navy Blue Angels,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan