33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Usaha konsisten, tuntutan elaun pelajar Mara berhasil

Manfaat ini bukan hanya dinikmati oleh pelajar Malaysia di luar negara, tetapi juga pelajar Malaysia di dalam negara yang menerima biasiswa tajaan MARA-JPA.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA secara berperingkat dan konsisten yang ditawarkan oleh Badan Perhubungan
Negara United Kingdom dan Eire (BPN UKE) dengan kerjasama JPA-MARA Special
Operations (JMSO) kini telah berjaya membuahkan hasil dengan adanya tindakan susulan dan penerimaan positif daripada pemegang taruh berkepentingan di Malaysia.

Badan Perhubungan Negara United Kingdom dan Eire menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, setelah mengambil penelitian dan kajian yang rapi berkenaan tuntutan untuk menstrukturkan semula elaun sara hidup bagi pelajar tajaan MARA-JPA, pihak kerajaan kini telah mengumumkan kadar kenaikan bagi elaun sara hidup pelajar tajaan MARA-JPA bersesuaian dengan kos dan perbelanjaan sara hidup yang semakin tinggi di United Kingdom secara spesifiknya.

“Manfaat daripada perjuangan ini bukan hanya dinikmati oleh pelajar Malaysia di luar negara sahaja, tetapi juga pelajar Malaysia di dalam negara yang menerima biasiswa tajaan MARA-JPA.

“Kepimpinan BPN UKE yakin bahawa tuntutan ini adalah sangat berpatutan, selari dengan keperluan penstrukturan semula elaun sara hidup bagi pelajar tajaan MARA-JPA yang
sudah hampir 12 tahun tidak dikaji kesesuaiannya mengikut cabaran ekonomi dunia, terutamanya dalam tempoh pasca COVID-19, “katanya.

Kenyataan itu turut berkata, kepimpinan BPN UKE juga ingin menyatakan dokongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap inisiatif murni yang diambil oleh kerajaan di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

“Hasil positif ini juga tidak dinafikan adalah dengan kerjasama jitu dan komitmen yang tinggi diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Jelasnya, kerajaan menunjukkan kepekaan dan perhatian yang mendalam bagi memastikan
kebajikan pelajar tajaan MARA-JPA di Malaysia mahupun di luar negara terus terjamin.

Advertisements

“Sesungguhnya, erti dan nilai sesebuah perjuangan itu bukan terletak pada pejuangnya
tetapi pada impak dan manfaatnya.

“Perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama, merentasi sempadan kepercayaan politik mahupun kepentingan organisasi demi manfaat bersama.

“Perjuangan ini tidak akan bermakna tanpa kerjasama erat antara BPN UKE, JMSO dan seluruh pelajar-pelajar tajaan MARA-JPA.

“Untuk itu sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pelajar tajaan MARA-JPA atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan advokasi ini.

“Di masa akan datang, Badan Perhubungan Negara seluruh dunia amat mengalu-alukan
penglibatan mahasiswa Malaysia di luar negara dalam memperjuangkan nasib dan kepentingan kita bersama.

“Sesungguhnya sinergi ini amat penting demi melakar lebih banyak kejayaan memperjuangkan nasib bangsa Malaysia di perantauan,” katanya. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan