26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

857 ubat, suplemen tidak berdaftar dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 857 ubat-ubatan dan suplemen penjagaan kesihatan tidak berdaftar bernilai RM4.2 juta menerusi 124 serbuan di negeri Selangor sepanjang Januari hingga Mei lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Farmasi), Dzafarullah Daud, berkata serbuan dilakukan Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berdasarkan hasil maklumat awam risikan yang kebiasaannya mengambil masa selama dua bulan.

“Rampasan membabitkan tiga kategori produk utama iaitu perangsang seks, pelangsingan badan dan memutihkan kulit atau wajah.

“Hasil pemeriksaan mendapati produk itu tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM), sekali gus mendatangkan risiko kepada masyarakat,”katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Scan, Sahih dan Selamat di Management and Science University (MSU) di sini, hari ini.

Terdahulu, program dirasmikan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Roselan Ishak. Yang turut hadir, Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Dzafarullah berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Advertisements

Beliau berkata, selain itu pihaknya juga telah menyaring dan menyekat sebanyak 264 laman sesawang dan laman sosial yang didapati melanggar peraturan ditetapkan sepanjang tahun lalu.

“Ia termasuk membabitkan kesalahan mengiklan dan menjual ubat-ubatan dan suplemen penjagaan kesihatan yang tidak berdaftar.

“Untuk itu, kita sentiasa bertindak proaktif dalam menjalankan pemantauan seumpama itu selain pemeriksaan dan serbuan ke atas premis penjualan,”katanya.

Pada masa sama, semua ubat-ubatan dan suplemen penjagaan kesihatan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dijual kepada orang ramai.

“Pendaftaran itu adalah kaedah yang ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Ini bagi menjamin keselamatan, keberkesanan dan kualiti semua ubat-ubatan dan suplemen penjagaan kesihatan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan