26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Mayat budak lemas dijumpai di Pantai Bersih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas di Jeti Nelayan Bagan Ajam dekat Pantai Bersih Butterworth, di sini sejak petang semalam dijumpai kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah dijumpai tersangkut pada tali pukat tidak jauh dari kawasan pesisiran Pantai Bersih di sini.

Pegawai Kanan Bomba II, Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Muhammad Isharudin Ismail berkata, ketika dijumpai, jasad mangsa berada dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kesan luka dan sebagainya.

Advertisements

“Mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk tujuan forensik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini, lapor Kosmo!.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dikatakan hilang selepas dipercayai dibawa arus ketika sedang bermandi-manda bersama tiga lagi rakannya di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, tiga rakannya itu berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan