27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

17 kawasan di dua daerah di Melaka dilanda banjir kilat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 17 kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka berkata, 16 kawasan terjejas adalah di daerah Melaka Tengah dan satu di Jasin.

Katanya, kawasan terlibat adalah Taman Rambai Indah, Gedung Lalang, Kampung Pinang, Pokok Mangga, Pekan Klebang Besar, Pulau Gadong, Taman Bukit Rambai, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak.

Selebihnya di Kampung Bukut Datuk, Kampung Tampoi, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.

Advertisements

“Manakala satu kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Jasin turut banjir,” katanya, lapor Kosmo!.

Ujarnya, bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan anggota APM telah berada di lokasi terjejas untuk pemantauan keselamatan penduduk.

“Beberapa buah kediaman di Sungai Rambai dan beberapa penempatan lain dinaiki air, namun keadaan masih terkawal dan tidak memerlukan pemindahan.

“Kita juga sentiasa membuat pemantauan paras air sungai yang berdekatan kawasan penempatan penduduk,” katanya.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan