25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Denda RM50,000, penjara jika tak hormat Bahasa Kebangsaan

Kedua-dua hukuman adalah antara yang dicadangkan untuk pindaan akta itu yang kini dalam fasa akhir perbincangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.

Pengerusi Jemaah Pengelola DBP, Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, kedua-dua hukuman adalah antara yang dicadangkan untuk pindaan akta itu yang kini dalam fasa akhir perbincangan sebelum dijangka dibentang kepada Perdana Menteri bulan depan.

“Ia bukan soal salah tatabahasa atau ejaan tetapi tidak hormati Bahasa Kebangsaan. Usul denda ini bukan untuk menghukum, ia dicadang untuk membangkitkan kecintaan dan patriotisme kepada negara,” katanya kepada selepas menghadiri sambutan Ulang Tahun Ke-66 DBP seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan akan meminda akta itu bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

Advertisements
AWANG SARIYAN

Awang berkata DBP turut mencadangkan agar Akta Bahasa Kebangsaan di bawah selian Pejabat Perdana Menteri dipinda seiringan pindaan Akta DBP supaya pihaknya dapat menjalankan tugas sebagai penguatkuasa bahasa dengan lebih berkesan.

“Bukan sahaja Akta DBP perlu dipinda tetapi pindaan Akta Bahasa Kerajaan juga perlu dilakukan kerana itu induknya. Kalau akta itu diperluas, bolehlah kerajaan meminta DBP melaksanakan dasar bahasa secara lebih jelas,” katanya.

Mengenai pindaan itu, beliau berkata ia harus dilaksana secara holistik bukan sekadar bidang kuasa penguatkuasaan tetapi juga harus melihat aspek perantarabangsaan, pentauliahan dan pelesenan bahasa sastera.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan