33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pengasas UiTM, Arshad Ayub meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TOKOH pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, pukul 2.06 pagi tadi.

Pemergian Allahyarham yang juga pengasas Universiti Teknologi Mara dimaklumkan keluarganya dalam satu kenyataan hari ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda tercinta kami, Allahyarham Tun Arshad Ayub telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.06 pagi tadi, 14 Jun 2022.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan di maklumkan kelak insya-Allah.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Diharap agar sama-sama dapat sedekah Al Fatihah buat Allahyarham,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa minggu lalu kerana masalah kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Azmi dalam akaun Facebook beliau yang turut memberitahu situasi bapanya dalam keadaan 50:50.

Arshad, 93, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak 1967 sehingga 1975, sekali gus pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai UiTM.

Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha kementerian dan berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan juga badan-badan berkanun.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan