27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2,092 kes baharu COVID-19, catat peningkatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu COVID-19 semalam mencatatkan sedikit peningkatan kepada 2,092 kes berbanding 1,571 kes kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,876 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,470,067 kes.

Dengan pertambahan tersebut,menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,489,118 kes dan tiada kes import dilaporkan.

Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,251), Kuala Lumpur (262), Perak (74), Pulau Pinang (105), Negeri Sembilan (24) dan Putrajaya (55).

“Ia diikuti oleh Melaka (46), Johor (68), Sabah (72), Sarawak (25), Kedah (50),Pahang (12), Kelantan (25), Perlis (tiga), Terengganu (19) dan Labuan (satu),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak tiga kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,716 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kini menjadi 7,574 kes.

Sebanyak 22,607 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,589 kes dikuarantin di rumah, 16 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 978 kes di hospital, 12 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 12 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan