28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

65 kes pengeluaran Tabung Haji babit Macau Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS  mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam untuk mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji mangsa yang dihubungkan dengan akaun bank konvensional.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini pihaknya telah mengesan 65 kes seumpama itu melibatkan kerugian berjumlah RM3,599,275.46.

Kamarudin berkata, siasatan pihaknya mendapati perkara itu berlaku apabila mangsa mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada individu tidak dikenali yang menyamar sebagai anggota pihak berkuasa.

“Kemudahan fasiliti perbankan internet Tabung Haji yang dihubungkan dengan bank-bank konvensional yang lain telah membolehkan perkara ini berlaku.

Advertisements

“Sindiket ini terlebih dahulu akan membuat panggilan dan menakutkan mangsa dengan dakwaan terlibat dalam aktiviti jenayah dan tunggakan kad kredit dan untuk tujuan siasatan mangsa perlu mendedahkan maklumat perbankannya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Kamarudin susulan pendedahan maklumat perbankan itu, mangsa bukan sahaja kehilangan duit dalam akaun bank konvensional kepada sindiket itu tetapi juga duit dalam akaun Tabung Haji yang dihubungkan dengan bank konvensional berkenaan.

Beliau mengingatkan orang ramai tidak mendedahkan maklumat perbankan masing-masing dan menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 untuk sebarang nasihat dan maklumat lanjut. – Bernama

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan