25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Empat premis jual barang tiruan RM850,000 diserbu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SINDIKET penjualan barang tiruan yang dikuasai warga asing Pakistan dan Bangladesh akhirnya tumpas dalam beberapa siri serbuan di sekitar ibu negara pada 29 Mac lalu.

Serbuan tersebut telah dijalankan sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Menurut Pengarah KPDNHEP WPKL, Ariffin Samsudin, siasatan awal mendapati, sindiket terbabit dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dengan menjual barangan tiruan.

“Kita telah menyerbu tiga premis di sebuah kompleks pemborong terkenal di Jalan Kenanga dan sebuah gudang di Taman Kencana.

“Hasil serbuan telah berjaya menyita 22,207 barangan tiruan yang terdiri daripada pakaian dan kasut yang dianggarkan bernilai RM850,000,” katanya ketika sidang akhbar hari ini.

Ujar Ariffin lagi, selain sentiasa berpindah-randah, sindiket terbabit juga menjalankan perniagaan menerusi dalam talian di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Advertisements

Menurut beliau, harga baju dan seluar diperolehi dengan kos RM10 sehingga RM40 sehelai namun dijual dengan harga RM25 hingga RM80.

“Mereka akan menaikkan harga hampir sama dengan produk asal bagi memperdaya mangsa.

“Sindiket ini disyaki mendapatkan bekalan di negara luar seperti China, Vietnam, Pakistan dan Bangladesh. Mereka juga akan membawa masuk pakaian yang tidak dicetak bagi mengaburi pihak berkuasa.

Menurutnya, pakaian yang tiba di pelabuhan kemudiannya akan dicetak di gudang atau premis dengan menggunakan logo jenama terkemuka.

Untuk rekod, sehingga Mac tahun ini, sebanyak 27 kes telah dilaporkan dengan nilai rampasan sebanyak RM1.72 juta.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan