25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Keluarga Malaysia mendoakan kesembuhan Agong, Permaisuri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, seluruh Keluarga Melaysia turut sama mendoakan perkara berkenaan.

“Patik dan seluruh Keluarga Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” kongsinya hari ini.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara masing-masing hingga Khamis dan Jumaat ini.

Advertisements

“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua menjalani kuarantin kendiri selaras protokol dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kes positif COVID-19 mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya semalam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan