30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Eric Paulsen bukan lagi ahli MPKM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu hari ini.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM.

“Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 yang lalu,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Kenyataan itu menambah, MPKM akan terus berperanan membincangkan dan menasihati kementerian dalam pendekatan dan dasar berkenaan komunikasi dan multimedia.

Pelantikan Paulsen mula dipertikai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Penerangan Pusat PAS Kamaruzaman Mohamad yang menggesanya ditarik balik kerana peguam itu dikatakan “terkenal dengan sikap dan pandangan yang sangat sinis terhadap Islam serta perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam.”

Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mempersoalkan asas pelantikan itu dan meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah tampil memberi penjelasan.

Naib Ketua Wira Putra Malaysia, Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah ( https://www.edisi9.com.my/2020/06/wira-putra-bantah-pelantikan-eric-paulsen-gesa-pecat-segera/ ) turut mengesa peguam itu dipecat bagi menjaga kredibiliti majlis tersebut. – EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan