27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kes buli di SBP: Lapan pelajar tingkatan 1 dipanggil

Mesti Baca

POLIS telah mengenal pasti semua pelajar yang terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak yang video insiden itu tular dalam media sosial hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tujuh suspek dan mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, turut dipanggil pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian itu.

“Pihak polis mengesan rakaman video yang tular berkaitan pergaduhan pelajar yang dikenal pasti berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar pada pukul 11.20 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati kejadian itu berlaku semalam antara pukul 1 hingga 2 pagi melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut Mior Farid, satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua sekolah berkenaan hari ini ekoran penularan video pergaduhan yang mendapat perhatian ramai.

Katanya, siasatan kes tersebut sedang dijalankan di mana polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat selain mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

“Mereka juga dinasihatkan tidak menularkan maklumat tidak sahih kepada umum sebaliknya disaran membuat aduan dan laporan kepada balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama sehingga mendapat perhatian umum.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan