25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Balai Polis Setapak ditutup seminggu akibat Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BALAI Polis Setapak, Kuala Lumpur ditutup selama tujuh hari selepas beberapa pegawai yang bertugas di balai tersebut dijangkiti Covid -19.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, penutupan balai itu bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

“Langkah menutup sementara balai dilakukan ekoran beberapa pegawai telah dijangkiti Covid-19. Ini bertepatan dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha mencegah penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut beliau, bagaimanapun perkhidmatan polis di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak seperti rondaan cegah jenayah, Unit Rondaan Bermotorsikal dan elemen lain berjalan seperti biasa.

“Bagi urusan pengeluaran permit, orang ramai diminta ke balai polis berhampiran di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju,” ujarnya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan