24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM lulus peruntukan RM25 juta pembangunan Kapit

Mesti Baca

PERDANA Menteri, meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan jalan alternatif dari Lapangan Terbang Kapit serta naik taraf Hospital Kapit.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan pembinaan jalan alternatif itu bagi mengelak kesesakan lalu lintas sementara naik taraf hospital bagi meningkatkan unit hemodialisis.

Menurutnya, kerajaan persekutuan sentiasa ambil peduli terhadap keperluan penduduk di Sarawak dan Sabah untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terus dipelihara.

“Untuk Lapangan Terbang Kapit, saya luluskan peruntukan sebanyak RM20 juta manakala RM5 juta lagi untuk naik taraf Unit Hemodialisis Hospital Kapit,” katanya seperti dilapor Dayak Daily.

Beliau berucap dalam majlis perasmian Pemimpin Bersama Masyarakat di Kapit, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi dan akan meluluskan permohonannya jika memerlukan kelulusan segera.

“Untuk permohonan lain walaupun ia banyak, jika ia dibaca oleh Alex terlebih dahulu, saya juga akan meluluskannya,” tambahnya.

Advertisements

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan juga meluluskan peruntukan untuk membina Kolej Profesional Mara di Kapit yang bernilai 90 juta ringgit dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Beberapa projek lain yang juga dipertimbang di Kapit, antaranya Projek Membina Jalan dari Rumah Bukit Nanga Serau, Song ke Nanga Menuan sejauh 50 kilometer dengan standard R3 dan lapan buah jambatan dengan kos RM727.8 juta.

Selain itu, projek membina Balai Polis Daerah Bukit Mabong dengan anggaran kos RM40 juta, pembinaan Jambatan menyeberangi Batang Rajang di Nanga Menuan sepanjang 1.2 kilometer termasuk bridge approach dengan anggaran kos RM240 juta ringgit serta projek membina jalan dari Nanga Menuan ke Nanga Tulie sejauh 12 kilometer dan dua jambatan dengan anggaran kos RM172.5 juta.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini, Keluarga Malaysia Kapit kini

berpeluang mengembangkan kegiatan ekonomi ke luar Kapit, malah berpotensi menurunkan harga barang,” katanya.

Beliau juga yakin dengan adanya jaringan jalan raya Sibu Kapit yang telah siap, taraf hidup rakyat terutamanya dari segi sosio-ekonomi akan meningkat.

Ia sekali gus memberi manfaat kepada penduduk Kapit, Song dan Kanowit yang melibatkan 434 buah rumah panjang, 55 buah sekolah dan 9 klinik yang terletak di sepanjang jalan tersebut.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan