26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hilang kerja: Kerajaan perlu cari penyelesaian alternatif

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KERAJAAN perlu mencari jalan penyelesaian alternatif berikutan peningkatan jumlah mereka yang kehilangan pekerjaan ekoran wabak COVID-19.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, antaranya membantu mereka yang berniaga secara kecil-kecilan serta memanfaatkan tanah kosong untuk menggalakkan pertanian.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Kemelesetan ekonomi pasca Covid-19 telah mula menunjukkan impaknya. Perniagaan mula terjejas, ekonomi menguncup dan pekerja mula diberhentikan.

Tahun 2020 ini amat mencabar. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ramai di antara kita yang kecewa memikirkan apakah nasib masa depan mereka.

Saya menyeru Kementerian Kewangan Malaysia agar menyegerakan segala program yang dirancang dibawah pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi untuk memulihkan ekonomi negara.

Segala permohonan ataupun rayuan pemohon yang layak perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Advertisements
NAJMIL FAIZ

Jika ada yang mahu berniaga secara kecil-kecilan, mudahkan urusan mereka untuk mendapatkan lesen ataupun pinjaman. Kita tidak mahu birokrasi yang leceh ini mematahkan semangat mereka.

Saya berpendapat, pertanian adalah sektor ekonomi yang amat berpotensi tinggi untuk membantu golongan yang terjejas menceburi bidang perniagaan dan ianya mempunyai impak yang tinggi untuk jangka masa panjang.

Tanah terbiar milik kerajaan dapat digunakan untuk pertanian dan mampu menjana kutub pertubuhan ekonomi yang baharu di sesebuah kawasan.

Saya yakin usaha ini jika diteliti dan dibantu oleh agensi kerajaan akan memberi manfaat kepada negara di mana kita dapat mengurangkan import makanan serta meningkatkan sekuriti makanan negara. Malah, kita dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Semoga Allah bantu kita.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan