26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Klinik kesihatan tidak sesuai dijadikan pusat kuarantin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Klinik kesihatan tidak sesuai dijadikan pusat kuarantin sementara bagi pesakit bergejala COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menolak cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ini kerana klinik kesihatan tidak mempunyai kemudahan asas sebagai pusat kuarantin yang membolehkan mereka yang bergejala tinggal di premis klinik.

“Sekiranya Klinik Kesihatan dijadikan pusat kuarantin, dikhuatiri ia akan mendatangkan risiko penularan kepada individu-individu lain yang hadir untuk mendapatkan rawatan lain.

Advertisements

“Jadi ianya tidak sesuai,”katanya pada sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Khairy berkata, skop klinik kesihatan adalah untuk memberikan rawatan pesakit luar kepada golongan ibu hamil, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan rawatan kesihatan susulan atau berterusan.

Setakat ini terdapat 130 hospital awam (123 hospital Kementerian Kesihatan dan enam hospital universiti dan 1 ATM) yang dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan