33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kemudahan pinjaman tangani kos pengeluaran ayam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan akan menyediakan pinjaman mudah bagi membantu industri mengekalkan jumlah pengeluaran ayam yang mencukupi sekaligus menangani isu peningkatan kos pengeluaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berikutan kenaikan harga komponen makanan ayam yang diimport itu, kerajaan juga akan turut mempertimbangkan kawalan harga di semua peringkat disokong dengan pemberian subsidi kepada rantaian tertentu.

“Cadangan ini sebagai salah satu usaha menangani isu kenaikan harga ayam selain cadangan untuk melaksanakan sistem permohonan permit (AP) bagi penjualan ayam, sekiranya usaha kerajaan untuk menangani isu harga ayam ini tidak mendapat kerjasama daripada peniaga di semua peringkat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sehubungan ddengan itu, Alexander berkata, kementerian bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengadakan mesyuarat bersama bagi meneliti beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan dalam menangani isu harga ayam ini.

“Mesyuarat ini dihadiri Timbalannya, Datuk Rosol Wahid, Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dan Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua Kementerian.

“Melalui sesi libat urus tersebut bersama pihak industri di seluruh negara, bersetuju untuk menurunkan lagi harga ayam di peringkat pengeluar supaya harga di peringkat borong dan runcit dapat distabilkan sekaligus membantu pengguna untuk menikmati harga ayam pada harga yang berpatutan,”katanya.

Advertisements

Dalam masa sama, menurut beliau, kementerian dan MAFI sentiasa memantau isu kenaikan harga ayam standard yang berlaku sejak awal September lalu sehingga harga di peringkat runcit melebihi RM10.00 sekilogram di beberapa kawasan di seluruh negara.

Berdasarkan data Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) KPDNHEP, pada 13 September lalu, sebanyak 98 premis runcit (14.58 peratus ) yang diperiksa telah menjual ayam standard pada harga melebihi RM10.00/kilogram.

Uajrnya, KPDNHEP telah melaksanakan pendekatan baharu dengan mengadakan sesi libat urus secara terus dengan peniaga di lokaliti yang mengalami kenaikan harga ayam.

“Usaha ini telah membuahkan hasil apabila data menunjukkan trend penurunan harga ayam berbanding pada awal September yang lalu dan trend ini dijangka akan terus menunjukkan penurunan sekaligus dapat menstabilkan harga ayam di pasaran.

“Setakat 20 September lalu, hanya 10 premis (1.74 peratus) masih menjual ayam pada harga melebihi RM10.00/kilogram,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan