28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kadar vaksinasi turun, tunjuk petanda baik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Penurunan kadar vaksinasi di negara ini memberi petunjuk baik bahawa ramai penduduk telah mendapat suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut beliau, penurunan kadar vaksinasi dijangka terus berlaku pada minggu-minggu akan datang.

Katanya, penurunan kadar vaksinasi itu adalah memberangsangkan.

“Ramai bertanya kepada saya, kenapa kini jumlah pemberian vaksin semakin menurun.

“Ini sebenarnya petanda baik kerana lebih ramai rakyat sudah divaksin.

Advertisements

“Syukur, kita kini berada pada landasan yang betul dan vaksinasi di negara ini telah mencapai peratusan yang membanggakan,” katanya, lapor MalaysiaGazette di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas antara beliau dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di sini hari ini.

Menurut Adham, negara kini berada pada landasan yang betul dan vaksinasi yang diberikan juga telah mencapai kadar yang membanggakan.

Tambahnya, pada 2 September negara telah melepasi Amerika Syarikat (AS) apabila kadar vaksinasi ke atas populasi telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan