30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

JAWI syor solat hajat doa keselamatan rakyat Palestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menggesa semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat untuk rakyat Palestin.

JAWI menerusi kenyataan berkata, solat hajat tersebut disaran diadakan selepas solat Isyak malam ini serta bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Menurut JAWI, jabatan itu mengutuk serangan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin yang mana turut mengorbankan nyawa banyak yang tidak berdosa.

Advertisements

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman berterusan yang hanya mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan banyak nyawa.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin,” katanya hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan