28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

EPL: Arsenal kekalkan rekod tanpa kalah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini apabila menundukkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, 1-0, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

City yang juga juara Eropah terlebih dahulu mencipta peluang apabila tandukan pemain pertahanan, Josko Gvardiol dikeluarkan Declan Rice dari atas garisan gol.

Nathan Ake turut terlepas peluang meletakkan skuad bimbingan Pep Guardiola itu di depan apabila merembat bola melepasi palang biarpun hanya berdepan dengan penjaga gol, David Raya.

Namun, Raya berdepan detik cemas pada minit ke-17 apabila tindakannya melengah-lengahkan hantaran berjaya dipintas Julian Alvarez namun tampanan penyerang City itu sekadar mengenai sisi gawang.

Advertisements

Menyedari peluang yang terhad di babak pertama, Mikel Arteta melakukan satu pertukaran apabila membawa masuk Gabriel Martinelli bagi menggantikan Leandro Trossard di babak kedua.

Arsenal akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-86 apabila percubaan Martinelli dari luar kawasan penalti terbias Ake sebelum menerjah gawang, ketika Ederson telah bergerak ke arah bertentangan.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal naik ke tangga kedua liga, berkongsi 20 mata dengan Tottenham Hotspurs dan hanya dipisahkan menerusi jumlah jaringan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan