27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Anwar sahkan tiada rombakan Kabinet esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA rombakan Kabinet akan dilakukan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan perkara itu, Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tadi juga tiada kaitan dengan rombakan Kabinet.

“Tadi saya mengadap Tuanku untuk bincang (mesyuarat mingguan) Kabinet esok dan tiada kaitan dengan rombakan jemaah menteri.

“Lepas (mesyuarat mingguan Kabinet) esok saya (bertolak) ke Sabah dan kemudian ke Abu Dhabi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisements

Sementara itu, Anwar memberitahu, kerajaan memantau perkembangan jerebu dengan teliti setiap hari.

“Laporan penuh berkaitan jerebu ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat minggu Kabinet esok,” ujar beliau.

Malah, katanya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan berhubung dengan rakan sejawatannya di Indonesia bagi membincangkan masalah jerebu yang didakwa berpunca dari negara jiran itu.

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan