32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kes Zahid: AGC perlu perjelas elak keraguan – Amanah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PARTI Amanah Negara (Amanah) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, ia di atas prinsip Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law) yang didukung oleh parti itu selama ini.

Jelas Hatta, Amanah yakin bahawa proses perundangan dan prosiding mahkamah di sepanjang perjalanan kes ini telah pun dicermati dan diadili oleh hakim.

“Namun begitu, Amanah ingin menzahirkan pandangan atas dasar integriti dan kebertanggungjawaban supaya Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan suatu penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan tersebut.

Advertisements

“Kami percaya dengan penjelasan terperinci tersebut akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak dan sekaligus mengangkat integriti institusi undang-undang negara khususnya AGC serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding kes itu kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut hari ini melalui peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan