28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

DVS nafi kekurangan bekalan ayam di ladang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) menafikan laporan sebuah akhbar yang mendakwa bekalan ayam di peringkat ladang kurang sehingga menjadi punca kepada kenaikan harga di pasaran.

DVS menerusi kenyataan berkata, setakat ini, tiada laporan kekurangan bekalan ayam diperingkat ladang diterima pihaknya.

“Selain itu, tiada laporan wabak penyakit ayam yang menyebabkan kematian besar-besaran yang dilaporkan penternak kepada DVS.

“Untuk makluman, DVS memantau pengeluaran di ladang dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan ayam tempatan sentiasa terjamin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebuah akhbar semalam melaporkan, bekalan ayam dari ladang berkurangan sejak beberapa hari lalu menjadi punca kenaikan harga ayam di pasaran kepada RM9 hingga RM9.28.

Lapornya lagi, pembekal dan peladang ayam berkata kenaikan harga tidak dapat dielakkan bagi menampung kos operasi selain mengelakkan kerugian kepada penternak.

Sementara itu, DVS memohon agar orang ramai supaya tidak panik dengan laporan tersebut.

“Sebarang kekurangan bekalan boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel [email protected] dan nombor perhubungan 03-8870 2000,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan