33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Sanusi mengaku tidak bersalah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas dakwaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Muhammad Sanusi yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

“Faham Yang Arif, Tidak (mengaku salah),” katanya.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Sehubungan itu, beliau didakwa melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama.

Advertisements

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Sanusi diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud manakala pendakwaan diwakili Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Bilik Mahkamah Sesyen Selayang 2 yang mendengar prosiding pendakwaan itu dikawal ketat oleh sepasukan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Muhammad Sanusi akan dibawa ke Mahkamah Sesyen 1 seterusnya bagi menghadapi pertuduhan kedua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan