26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

Mesti Baca

TIGA perajurit wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung sebelum terhempas di Kompleks Sukan TLDM, Lumut hari ini.

TLDM dalam kenyataan berkata, mereka ialah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felcia anak Rohna yang menaiki pesawat HOM bersama empat kru.

Empat kru pesawat HOM ialah Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, Lefternan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lefternan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi serta Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.

Turut terkorban dalam nahas yang berlaku pada pukul 9.32 pagi itu ialah tiga orang kru pesawat Fennec iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohammad, Lefternan T Sivasutan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Advertisements
Muhammad Firdaus Ramli (kanan) kru pesawat HOM yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut. – Sumber: ERA FM

Dalam kejadian pada pukul 9.32 pagi itu, dua helikopter TLDM bertembung di udara sebelum kedua-duanya terhempas di Kompleks Sukan TLDM, Lumut, Perak.

Helikopter jenis HOM dengan nombor pesawat M503-3 dan Fennec (M502-6) itu dikatakan bertembung semasa raptai Lintas Hormat Sambutan Hari TLDM Ke-90.

Kedua-dua pesawat tersebut telah berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.02 pagi. Semua mangsa terkorban di tempat kejadian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan