25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas ketika raptai lintas hormat Hari TLDM Ke-90 di Lumut, Perak hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas tersebut yang meragut 10 nyawa anggota.

“Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Saya juga mahukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dengan insiden tersebut.

Titah baginda, selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, baginda menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM ini.

Advertisements

“Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Beta amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan bersemadi dengan aman. Sesungguhnya, ini adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara,” titah baginda.

Dalam kejadian pada pukul 9.32 pagi itu, dua helikopter TLDM bertembung di udara sebelum kedua-duanya terhempas di Kompleks Sukan TLDM, Lumut, Perak.

Helikopter jenis HOM dengan nombor pesawat M503-3 dan Fennec (M502-6) itu dikatakan bertembung semasa raptai Lintas Hormat Sambutan Hari TLDM Ke-90.

Kedua-dua pesawat tersebut telah berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.02 pagi. Semua mangsa terkorban di tempat kejadian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan